Wednesday 17 October 2018

Apakah yang dimaksudkan dengan literasi maklumat ?

  Apakah yang dimaksudkan dengan literasi maklumat?



         Set keupayaan seseorang itu menggunakan sumber - sumber maklumat yang berkualiti untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Set keupayaan itu adalah untuk mengenal pasti maklumat,mengesan
maklumat,mencari maklumat ,menilai dan menggunakan maklumat.Individu yang berliterasi maklumat bermakna ia mempunyai semua kemahiran yang diperlukan untuk meneroka ilmu pengetahuan secara bebas, kendiri dan aktif. Literasi Maklumat menjadi asas kepada pembelajaran sepanjang hayat. Pernyataan ini selaras dengan pernyataan yang dikeluarkan oleh Australian and New Zealand Information Literacy Framework (2004) memanjangkan lagi pernyataan mengenai pendidikan Literasi Maklumat adalah pemangkin kepada pembelajaran kendiri seterusnya pembelajaran sepanjang hayat. Selanjutnya Australian and New Zealand Information Literacy Framework (2004) memanjangkan lagi pernyataan mengenai pendidikan Literasi Maklumat
adalah satu set keupayaanseorang itu menggunakan sumber -sumber maklumat yang berkualiti untuk
menyelesaikan suatu masalah.Menurut beliau lagi, set keupayaan itu adalah untuk mengenal pasti maklumat,pengesan maklumat,menilai dan menggunakan maklumat.




                                     

No comments:

Post a Comment