Tuesday 10 October 2017

💙MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PUSAT SUMBER💙

Pada 24hb Ogos 2017, Majlis Pelantikan PSS telah diadakan dengan lancar. Seramai 10 orang murid dilantikkan sebagai Pengawas Percubaan Pusat Sumber SMKSH 2017 dan Pengawas Pusat Sumber juga diberi jawatan yang baru. Pengawas Pusat Sumber Tingakatan Lima meletakkan jawatan mereka.
Idzni Izzati bt Ash'ari telah dilantik sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber untuk sesi 2017 /2018. Majlis menyaksikan Kow Wei Ping Ketua Pengawas Pusat Sumber sesi 2016/2017 memberi ucapan terakhir. Selepas itu Idzni bt Ash'ari memberi ucapan yang ringkas dan mengetuai bacaan ikrar pengawas pss. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada Datin Zarina bt Abdul Rahman, Pengetua SMK Seri Hartamas.
Acara Ikrar Pengawas PSS
Ahli jawatankuasa baru Lembaga Pengawas Pusat Sumber sesi 2017/2018
      
Pengerusi baru PSS - Idzni 'Izzati
   Mantan Pengerusi PSS 2016/2017 Kow Wei Ping, memberikan ucapan terakhir.
                 
Ucapan oleh Pengetua SMKSH Datin Zarina bt Abd Rahman