Thursday 16 June 2016

SMK SERI HARTAMAS DAN RAMADHAN

SMK SERI HARTAMAS DAN RAMADHAN - 16 Jun 2016

Pada 13 Jun, SMK Seri Hartamas telah membuka pintunya kepada semua murid-muridnya setelah tamatnya cuti penggal selama 2 minggu. 

Panitia Agama Islam telah mengajurkan beberapa aktiviti penting pada minggu ini, termasuklah:

1) Dakwah di Bilik Kuliah
2) Tazkirah Al-Quran 

Pada minggu hadapan pula, Panitia Agama Islam akan mengadakan ceramah agama di Dewan Terbuka. Oleh itu, semua murid-murid yang beragama Islam disarankan datang untuk mendengar ceramah tersebut. 

Pada hari ini, PSS SMK Seri Hartamas telah mengadakan aktiviti NILAM seperti biasa. 

Ustazah Hazlina sedang memberikan ceramah agama kepada murid-murid tingkatan 4 dan 5 semasa rehat.


Murid-murid sedang melakukan aktiviti NILAM

Para pengawas PSS sedang melakukan tugas masing-masing.

Semua murid SMK Seri Hartamas sedang melakukan NILAM

Ustazah Faridah sedang memberikan ceramah agama kepada murid-murid tingkatan 1,2 dan 3
tentang kebaikan Ramadhan dan kebaikan berpuasa. Beliau juga sedang memberi ceramah tentang kepentingan menjaga Iman sepanjang bulan Ramadhan.