Wednesday 20 November 2019

Majlis Makan Malam Pengawas Pusat Sumber 2019

Majlis Makan Malam Pengawas Pusat Sumber 2019


        Pada 12 Oktober 2019 jawatankuasa pss telah mengadakan majlis makan malam yang bertemakan starry night . Majlis ini juga untuk meraikan pelajar tingkatan 5 yang telah berbakti dan berjasa kepada pusat sumber sekolah . Jawatankuasa PSS telah mencari dana untuk majlis ini dengan jualan mingguan pss dan kutipan bayaran denda buku.

      Pada pukul 7:30 malam pengawas pusat sumber telah berkumpul dengan memakai pakaian yang cantik dan bergaya. Kami memulakan majlis dengan sesi pendaftaran dan menunggu kehadiran pelajar tingkatan 5 dan guru - guru .

      Majlis ini disambung dengan ucapan dari Pn. Nor Salmi bagi menggantikan ucapan pengetua yang tidak hadir sebab urusan tertentu . Selepas itu ketua pengawas kami iaitu Joseph memulakan ucapannya . Dia mengucapkan terima kasih atas segala usaha yang telah dilakukan oleh pelajar tingkatan 4 bagi berjaya melakukan majlis makan malamini yang sungguh hebat . Kemudian MC telah mengumumkan bahawa masa untuk makan telah mula .

     Makanan yang disediakan amat sedap dan tidak merugikan kos pembayaran yang telah kami bayar  pada guru . Selain itu terdapat pelbagai makanan yang disediakan antaranya ialah kambing kari , ayam bakar dan buah-buahan . Terdapat juga air panas kopi dan teh yang disediakan di bahagian penjuru meja makanan.

     Majlis disambung dengan acara 'LUCKY DRAW' . mengumumkan nama - nama para pemenang yang bertuah . Hadiah - hadiah yang diberi juga terdapat pelbagai dan kelihatan sungguh menarik. Majlis diikuti dengan persembahan oleh Puteri Daania . Daania telah menyanyikan sebuah lagu iaitu 'Impossible' oleh James Arthur . Nyanyian amat menarik perhatian ramai kerana suaranya yang merdu .
 
   

     Dan akhirnya majlis diakhiri dengan tarian daripada tingkatan 4 yang menarikan lagu dan aksi yang kelakar.