Monday 5 August 2019

Bulan Kemerdekaan oleh Amira Maisara

               Merdeka! Merdeka! ,Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
oleh: Amira Maisara
Gambar: Cikgu  Farid Albar bin Nawi
    
62 tahun yang lalu negara kita merdeka daripada penjajahan dan harus kita menghargai pengorbanan tokoh-tokoh yang telah mencurahkan pelbagai jasa kepada negara kita.Oleh itu, pihak sekolah  SMKSH telah melaksanakan perasmian Bulan Kemerdekaan. Pelbagai idea telah dicurahkan bagi membuatkan majlis  ini lebih menarik agar dapat menanam sikap cinta akan negara dan kesedaran di kalangan pelajar.


        Pada mulanya, majlis ini dilaksanakan di tapak perhimpunan tetapi cuaca tidak mengizinkan, Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Terbuka. Setelah pelajar beratur dan guru-guru telah duduk di kerusi, Pn Hazizan memulakan acara dengan serangkap pantun sebagai pembuka kata.Majlis diteruskan dengan ucapan daripada puan pengetua, Pn.Suzieny binti Mohammed Harris bagi merasmikan majlis. Selepas ucapan perasmian, maka dengan rasminya pelancaran  Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah SMK Seri Hartamas bagi sesi 2019 dilaksanakan. Bagi meneruskan majlis, kami telah menyaksikan gimik pelancaran iaitu seorang pelajar menaiki basikal dan diiringi oleh dua orang pelajar yang memegang bendera Malaysia, Jalur Gemilang.


   Majlis diteruskan dengan persembahan daripada pasukan tarian sekolah iaitu Anak Seni Kuala Lumpur yang telah menghangatkan suasana majlis dengan seni tari tradisional Malaysia.Ini merupakan kali pertama pelajar lelaki memasuki tarian sekolah. Selepas itu majlis diteruskan dengan penyanyian lagu Malaysia Bersih dan Jalur Gemilang.


Majlis turut dimeriahkan dengan barisan guru yang memakai pakaian yang bertemakan warna-warna Jalur Gemilang.





        Akhir sekali, majlis telah  berakhir dengan sesi bergambar. Majlis tersebut dilaksanakan dengan lancar dan berjaya membangkitkan semangat patriotisme dikalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas.



                                                                                                 - 26 Ogos 2019-




No comments:

Post a Comment