Saturday 29 June 2013

PAS untuk pelajar yang gugur mata pelajaran

Pusat Sumber telah mengedarkan PAS khas kepada pelajar Tingkatan 5 yang ingin berada di Pusat Sumber sewaktu mata pelajaran yang digugurkan dengan syarat terdapat guru yang relief kelas atau terdapat pengawas pusat sumber yang gugur mata pelajaran pada waktu itu. Sesiapa yang tidak membawa PAS khas tersebut, pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan memasuki Pusat Sumber. Selain itu, guru-guru relief diminta menyemak PAS tersebut untuk mengesahkan bahawa pelajar tertentu sememangnya hanya memasuki Pusat Sumber pada waktu pelajar tertentu gugur mata pelajaran. Sebarang kes kehilangan PAS akan dikenakan dendaan. Kerjasama daripada pihak berkaitan adalah amat dihargai.

No comments:

Post a Comment