Thursday 28 January 2016

UNIQUE ARTS EDUCATION PROGRAMME, BAHASA MALAYSIA PT3 AND SPM LECTURE. [28 JANUARY 2016]

Good evening netizens and students of SMK Seri Hartamas!

Today our school held 3 important programmes! The first being, UNIQUE ARTS EDUCATION PROGRAMME presented by two presenters who go by the name of Zac and Nicholas (not confirmed) which started around 7.30 a.m at the Dewan Seri Berlian. The UNIQUE ARTS EDUCATION PROGRAMME's main objective was to introduce the students of SMK Seri Hartamas to acting, music, photography, production designing, public speaking, and many more.

Over 3 clubs were present during the presentation: English club, Photography club, and Music club.

Throughout the presentation, students were able to do a Q&A session with the presenters to further understand the benefits of this programme.

Next, we have the BAHASA MALAYSIA PT3 LECTURE, presented by Cikgu Vicky, an experienced Bahasa Malaysia teacher who has been teaching several MRSM schools in Selangor. The programme was held at the Dewan Kuliah.

In the meantime, students who did not participate in the two programmes above did NILAM and Yaasin.

Lastly, at 11.10 a.m, was the BAHASA MALAYSIA SPM LECTURE, again presented by Cikgu Vicky. Form 5 students from various classes listened in awe as Cikgu Vicky talked about the secret formula of scoring Bahasa Malaysia SPM papers and his experience of marking SPM papers for the past 16 years. The programme was held at the Dewan Seri Berlian.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selamat petang kepada para pengunjung Blogspot dan murid-murid SMK Seri Hartamas!

Pada hari ini, sekolah kita telah mengajurkan 3 program yang unik! Program yang pertama ialah UNIQUE ARTS EDUCATION PROGRAMME, yang disampaikan oleh Encik Zac dan Encik Nicholas (nama tidak dapat dipastikan) yang bermula pada jam 7.30 pagi di Dewan Seri Berlian. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan para murid SMK Seri Hartamas kepada aktiviti berlakon, fotografi, pengucapan awam, tarian, produksi reka bentuk, dan lain-lain.

Sebanyak 3 kelab telah hadir untuk program ini, termasuklah Kelab Fotografi, Kelab Musik dan Kelab Bahasa Inggeris.

Sepanjang penyampaian program, murid-murid dapat melakukan sesi Q&A dengan para penganjur program ini untuk memahami manfaat menyertai program tersebut.

Seterusnya ialah Program Bahasa Malaysia PT3, yang disampaikan oleh Cikgu Vicky. Beliau merupakan seorang guru Bahasa Malaysia yang berpengalaman dan mengajar di sekolah-sekolah MRSM. Program ini telah dijalankan di Dewan Kuliah.

Sementara kedua-dua program ini berlangsung, murid-murid yang tidak terlibat telah melakukan aktiviti pembacaan Yaasin di Tapak Perhimpunan dan NILAM di Dewan Terbuka.

Akhir sekali, pada jam 11.10 pagi, terdapat Program Bahasa Malaysia SPM, yang disampaikan oleh Cikgu Vicky. Murid-murid tingkatan lima daripada pelbagai kelas terpesona dengan cara penyampaian Cikgu Vicky. Sepanjang program tersebut, Cikgu Vicky telah memberitahu formula-formula rahsia untuk mendapatkan skor cemerlang untuk kertas Bahasa Malaysia SPM dan cerita-cerita menariknya semasa beliau bertugas sebagai pemeriksa SPM sepanjang 16 tahun. Program ini telah dijalankan di Dewan Seri Berlian.


Gambar di atas menunjukkan Encik Zac atau Encik Nicholas yang sedang menyampaikan UNIQUE ARTS EDUCATION PROGRAMME.


Murid-murid sedang mendengar penyampaian Encik Zac dan Encik Nichoas


Encik Zac dan Encik Nicholas sedang memberitahu murid-murid tentang manfaat program tersebut

Murid-murid yang beragama Islam sedang membaca Yaasin di Tapak Perhimpunan. Di pentas, anda boleh melihat Ustad Ismail dan Cikgu Tamimi sedang mengetuai pembacaan Yaasin.



Encik Zac dan Encik Nicholas sedang menjawab soalan-soalan murid-murid. 


Murid-murid bukan Islam sedang melakukan aktiviti NILAM di Dewan Terbuka.

Murid-murid Islam sedang mendengar ceramah agama yang sedang disampaikan oleh Cikgu Tamimi dan Ustad Ismail.

Murid-murid Kelab Musik, Kelab Fotografi dan Kelab Bahasa Inggeris sedang mendengar penyampaian Encik Zac dan Encik Nicholas.

Cikgu Vicky sedang berkongsi "formula" rahsianya untuk skor kertas Bahasa Malaysia PT3 dengan cemerlang kepada murid-murid SMK Seri Hartamas.


Murid-murid tingkatan 3 menulis nasihat penting Cikgu Vicky.


Cikgu Vicky berkongsi pengalamannya sebagai pemeriksa kertas PT3 dengan murid-murid SMK Seri Hartamas.


No comments:

Post a Comment