Sunday 5 March 2017


Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Pusat Sumber&
Majlis Pelancaran Program Nilam 2017


Pada 2 Mac 2016 (Khamis),Lembaga Pusat Sumber SMK Seri Hartamas telah mengadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas PSS pertama sesi 2017 dan Pelancaran Program Nilam 2017

Majlis dimulakan dengan Pelantikan Pengawas PSS yang menyaksikan 13 dari 20 orang pengawas percubaan dilantik. Pelantikan pengawas-pengawas PSS tersebut adalah berdasarkan komitmen, dedikasi, penglibatan dalam aktiviti, kehadiran, disiplin serta sumbangan yang telah diberikan oleh mereka sepanjang tempoh percubaan. Pengawas-pengawas tersebut menerima sijil Watikah Pelantikan Yang disampaikan oleh Pengetua SMK Seri Hartamas, Yang Berhormat Datin Zarina bt Abd Rahman.

Berikut merupakan antara gambar pengawas-pengawas PSS lantikan 2017 :)
















Setelah selesai, majlis diteruskan lagi dengan Pelancaran Program Nilam yang juga dirasmikan oleh Pengetua. Dalam ucapan perasmian, beliau telah menyentuh tentang kepentingan menanam minat membaca dalam kalangan murid-murid dan bagaimana minat membaca dapat membina peribadi dan sahsiah terpuji di kalangan mereka.






Tema Nilam pada tahun ini, Membaca adalah Membuka Jendela Dunia. 
Berdasarkan tema tersebut, diharapkan agar semua pelajar SMKSH dapat mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain. 

Seperti yang diketahui umum, pelancaran Nilam ini bertujuan untuk 
  • Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader)
  • Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk pembacaan di kawasan sekolah
  • Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti
  • Mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca, berketrampilan serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan
  • Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup




Dengan selesainya kedua-dua majlis tersebut diharap Program Nilam dapat dimurnikan dan memupuk sikap cintakan ilmu di kalangan warga SMK Seri Hartamas.







***********************************************************************************************************