Hello everyone ! We, the PSS of SMK Seri Hartamas, would like you to know that we have updated our rules when visiting the library, 'bilik media' and 'pusat akses'... So, here you go :
Peraturan Pusat Sumber Sekolah
- Bekalan makanan, botol air dan beg dilarang dibawa masuk ke perpustakaan dan pelajar harus letak barang tesebut di rak luar yang telah disediakan.
- Pelajar dilarang makan, minum, tidur dan bermain di perpustakaan.
- Permainan seperti catur, yo-yo, kad dan congkak tidak dibenarkan di perpustakaan.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
- Pelajar hendaklah senyap apabila berada di dalam perpustakaan.
- Sila duduk di kerusi-kerusi yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter.
- Pelajar perlu masukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
- Sila letakkan buku yang telah dibaca di troli yang disediakan.
- Pelajar dilarang bergaduh di perpustakaan.
- Pelajar mesti beratur di kaunter semasa meminjam atau memulangkan buku hak perpustakaan sekolah.
- Ketua kelas perlu memastikan semua murid berada di perpustakaan semasa relief.
- Pelajar tidak boleh bersikap biadap dan bercakap perkataan lucah terhadap guru-guru serta pengawas Pusat Sumber.
Peraturan Penggunaan Bilik Media Sekolah
- Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik media.
- Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik media.
- Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran.
- Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik media.
- Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik media semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
Peraturan Pusat Akses Sekolah
- Pelajar dibenarkan menggunakan Pusat Akses dengan kebenaran guru mata pelajaran atau Guru Pusat Sumber yang bertugas semasa waktu P&P. Pelajar boleh memasuki Pusat Akses Sekolah pada waktu rehat dan sebelah petang.
- Dilarang membawa masuk beg, makanan dan minuman.
- Jaga kebersihan bilik Pusat Akses. Dilarang meninggalkan sebarang sampah atau kertas ketika berada dalam Pusat Akses.
- Semua warga sekolah dilarang membuat bising semasa berada di Pusat Akses.
- Satu komputer hanya untuk seorang pelajar. Perkongsian komputer tidak dibenarkan untuk mengelakkan kesesakan dan kebisingan.
- Laporkan kerosakan komputer kepada Guru atau Pengawas Pusat Sumber yang bertugas. Pengguna tidak dibenarkan cuba membaiki komputer sendiri.
- Kemudahan Internet hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja.
- Dilarang menyalahgunakan kemudahan Bilik Pusat Akses dengan melakukan perkara-perkara yang dilarang seperti menyebarkan virus, melihat pornografi, atau melakukan jenayah siber.
- Tidak dibenarkan memasang (install) program atau mengubah ketetapan (settings) komputer.
- Pengguna hanya dibenarkan mengunakan medium storan seperti CD yang boleh dibeli di perpustakaan sahaja. Medium lain tidak dibenarkan. (Cth : Pendrive, Disket, Removable Drive/Disk).
- Pengguna boleh menggunakan pencetak secara percuma tetapi ianya terhad untuk 10 mukasurat sahaja dalam sehari.
- Sila padamkan komputer dan bekalan kuasa elektrik dengan betul selepas digunakan.
- Rekodkan penggunaan komputer di dalam buku log sebelum menggunakan komputer. Pengguna dihadkan menggunakan komputer selama 30 minit sahaja sekiranya terdapat pengguna yang menunggu giliran.
Diharap pelajar-pelajar dapat mematuhi peraturan perpustakaan !
TERIMA KASIH !
No comments:
Post a Comment