Monday 15 April 2019

KEMPEN GALAKAN MEMBACA DAN PELANCARAN PROGRAM NILAM 2019 - oleh Mohamed Mikael Rubee

Pada awal bulan April tahun ini, Pusat Sumber SMK Seri Hartamas menganjurkan  program Kempen Galakan Membaca Malaysia 2019 untuk mempromosikan kepada murid-murid sekolah  meningkatkan minat membaca buku dan bahan sastera.

Dengan  ini, pasukan Pengawas PSS berazam untuk mengalakkan minat murid-murid  mengunjungi Perpustakaan dengan membuat penambahbaikan dari segi susunan perabut dan ruang yang lebih selesa dan lebih berinfomasi.

Baru-baru ini, kami telah mengubah kedudukan meja dan perabut untuk mewujudkan ruang yang lebih tenang dan selesa untuk pengguna perpustakaan. Selain itu, pendingin hawa  dan kipas juga telah dibersihkan. Tambahan pula, lebih daripada seratus buah buku baru telah diproses dan dimasukkan ke dalam koleksi perpustakaan yang semakin berkembang.

Kad perpustakaan juga ditransformasikan kepada kad pintar dengan corak yang lebih menarik dan ceria. Penukaran kad telah dimulakan dengan tingkatan menegah rendah dahulu, dimana mereka diwajibkan untuk membayar sebanyak RM 7 seorang. Terdapat banyak manfaat kepada pelajar yang memiliki kad perpustakaan, antaranya, dapat meminjam buku di perpustakaan selain dari menjadi kad pengenalan pelajar untuk menikmati pelbagai kemudahan, keistimewaan dan promosi khas untuk pelajar oleh pihak luar.

 Bagi pelajar yang lebih suka membaca dengan tenang, PSS menyediakan tempat istirehat yang mempunyai "bean bag" yang selesa untuk badan selepas melakukan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Sekiranya ada kempen, pasti ada aktiviti.  Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah ialah ulasan buku yang akan disampaikan oleh pengawas pusat sumber, pada setiap hari Isnin. Seterusnya, Kuiz Spontan PSS dilakukan pada masa perhimpunan. Pada masa relief, pelajar boleh menyertai pertandingan penghasilan fail tegak. Teka Silang Kata  juga berlangsung  dari 8 April hingga ke 26 April, manakala pertandingan esei Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu diadakan dari 15 April hingga ke 25 April.

Kesimpunya, kami berharap usaha ini dapat menarik minat pelajar
untuk memupuk minat membaca dan cintakan ilmu pengetahuan sepanjang hayat mereka.


Puan Nor Adlina, Guru Perpustakaan dan Media memberikan taklimat berkenaan program Kempen Galakan Membaca 2019

Pn Nor Salmi, Penolong Kanan Tadbir dan Akademik memotong reben gimik pelancaran diiringi barisan pentadbir dan Cik Roswaida, Penyelaras Program NILAM sekolah

Murid-murid yang menyaksikan pelancaran program


Gambar oleh En. Farid Albar bin Nawi

Friday 12 April 2019

AKTIVITI KEMPEN GALAKAN MEMBACA MALAYSIA 2019

                  MAJLIS PENLANCARAN PROGRAM NILAM DAN KEMPEN GALAKAN
                                                          MEMBACA MALAYSIA 2019

  Hello everyone! In conjuction with the Kempen Galakan Membaca Malaysia 2019 the library of SMK Seri Hartamas will be holding several activities such as:-
1. Ulasan Buku every Monday by PSS
2. Kuiz Spontan PSS (during assembly)
3. Pertandingan menghasilkan fail tegak (during relief)
4. Teka Silang Kata PSS (8/4/19 - 26/4/19)
5. Pertandingan esei BM dan BI (15/4/19 - 25/4/19)
 Don't miss your chance to win exciting prizes 😁