Saturday 29 June 2013

Tawaran Jawatan Wakil Pusat Sumber


Pusat Sumber menawarkan suatu jawatan yang dikenalikan sebagai Wakil Pusat Sumber kepada Tingkatan yang tiada Pengawas Pusat Sumber. Tingkatan tersebut ialah 1 Cekal,1 Gigih, 1 Ikhlas, 1 Jujur,1 Murni, 2 Amanah, 2 Cekal, 2 Hormat, 2 Murni, 3 Gigih, 4 Neptune, 5 Bumi. Pelajar-pelajar dari Tingkatan yang tersenarai di atas boleh memohon jawatan tersebut. 5 markah merit yang diberi kepada pelajar yang memegang jawatan tersebut setiap bulan. Tugas Wakil Pusat Sumber ini adalah menjaga kelas mereka sewaktu kelas mereka berada di Pusat Sumber. Wakil tersebut tidak perlu memjalankan tugas pada waktu rehat dan sebelah petang.
  

PAS untuk pelajar yang gugur mata pelajaran

Pusat Sumber telah mengedarkan PAS khas kepada pelajar Tingkatan 5 yang ingin berada di Pusat Sumber sewaktu mata pelajaran yang digugurkan dengan syarat terdapat guru yang relief kelas atau terdapat pengawas pusat sumber yang gugur mata pelajaran pada waktu itu. Sesiapa yang tidak membawa PAS khas tersebut, pelajar-pelajar ini tidak dibenarkan memasuki Pusat Sumber. Selain itu, guru-guru relief diminta menyemak PAS tersebut untuk mengesahkan bahawa pelajar tertentu sememangnya hanya memasuki Pusat Sumber pada waktu pelajar tertentu gugur mata pelajaran. Sebarang kes kehilangan PAS akan dikenakan dendaan. Kerjasama daripada pihak berkaitan adalah amat dihargai.