Friday, 9 August 2019

Perpaduan dan Patriotisme


                                                     Perpaduan dan Patriotism
                                                         Oleh: Amira Maisara
                                                     Gambar: sumber Google.com
                                              
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan,  pihak sekolah telah mengadakan satu ceramah tentang Perpaduan dan Patriotisme dalam Diri Seseorang oleh Persatuan Pencegahan Jenayah  Malaysia. Saya akan kongsikan dengan  anda tentang apa yang telah kami pelajari daripada ceramah tersebut.

  Apakah yang dimaksudkan  dengan  perpaduan ?
     
     Perpaduan ialah penyatuan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan  oleh sesebuah masyarakat  dan jiran mereka tidak kira bangsa ataupun agama.


                               

         
Apakah yang dimaksudkan dengan patriotisme ?
     
Patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa.

                           malaysia-1

  Mengapakah perkara ini penting untuk sesebuah negara ? Ramai yang memikirkan bahawa tanpa perkara ini akan berlaku konflik antara satu sama lain dan perkara ini sememangnya betul. Sebagai rakyat yang hidup bersama pelbagai kaum dan agama, setiap individu mahupun yang muda ataupun tua perlulah mempunyai sifat perpaduan dan patriotisme dalam diri mereka. Perkara ini bukan sahaja dapat mengelakkan pergaduhan antara satu sama lain tetapi  dapat juga menanam dalam diri semangat cinta akan negara.

Mengapa perkara ini perlu diterangi kepada kanak-kanak dan remaja pada masa kini ?
             
      Pada generasi kini, ramai remaja memandang rendah terhadap perkara ini hingga  berlakunnya pergaduhan bukan sahaja dalam agama mereka tetapi agama yang lain turut serta. Hal ini akan menyebabkan kemusnahan akhlak diri mereka tetapi juga akan menyebabkan meletusnya  peperangan.
                          Image result for student fighting

      Seperti gambar yang diatas kanak-kanak tersebut bergaduh tentang perkara yang kecil. Bayangkan jika berlaku dikalangan kita yang berbeza kaum dan agama ? Mungkin ramai tidak menyedarinya tetapi banyak pergaduhan disebabkan kurang pengetahuan dan kasih sayang apatah lagi remaja yang akan menjadi pemimpin masa depan?

    Harus di ingatkan bahawa sesetengah mereka mudah tersinggung perasaan dan mungkin juga  tertekan.Sesetengah daripada  mereka juga ada yang pernah  terlibat dalam pergaduhan untuk keadilan diri sendiri.

No comments:

Post a Comment