Thursday, 4 October 2018

Apakah yang dimaksudkan dengan The Big 6 ?



Kemahiran The Big 6 merupakan kurikulum Literasi Maklumat, proses penyelesaian maklumat dan satu set kemahiran - kemahiran yang menyediakan strategi yang efektif dan cekap untuk memenuhi keperluan maklumat. Kemahiran The Big 6 dibangunkan oleh Michael Eisenberg dan Bob Berkowitz. Ini boleh digunakan apabila murid berada di dalam pelbagai situasi, dari segi akademik atau peribadi, yang memerlukan maklumat untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan atau meyempurnakan tugasan. Ini juga adalah Model Literasi Maklumat yang paling popular kerana mudah digunakan.Model The Big mengandungi enam langkah utama iaitu menentu(task defination), mencari(information seeking strategies), megguna(location and acces), mencatat(use of information), melapor(synthesis) dan menilai(evalaution).



  1. Menentu(task definition):
Ia dapat menggambarkan skop sesuatu topik dan dapat mengingati isi penting mengenai perkara yang berkaitan. Antarannya, kita  boleh membuat gambar rajah, mengumpul peta pengetahuan dan lakaran topik. Implaknya, kita dapat mengenal pasti maklumat yang penting dan dapat memahami penentuan jenis maklumat yang ada pada sumber berlainan.Ini juga dapat mengaitkan maklumat dengan sumber - sumber yang ada.

                2.   Mencari(information seeking):         
                      Selain itu, kita dapat memahami dan menulis bagaimana sumber disimpan                                                        
                      dan disusun untuk digunakan seperti majalah , buku , kaset video , peta dan    
                     slaid. Kita juga dapat memilih sumber yang sesuai dan mengetahui  
                     kelebihan dan kekurangan sumber.
              
               3.   Mengguna (location and access):
                    Apabila kita menggunakan kemahiran belajar, kita akan  dapat membaca        
                   dengan meluas ,fleksibel  kaedah atau teknologi yang sesuai untuk mendapat       
                   maklumat yang  diperlukan.Tambahan pula kita dapat menggunakan teknik
                   membaca  seperti “skimming”,”scanning”, SQ3R, kata kunci dan lain-lain
                   untuk  memproses maklumat dan meramal, membuat hipotesis, bandingan
                   dan  analisis.
                  

          
 4. Mencatat (use of information):
                 Kita boleh memilih cara membuat nota mengikut keperluan kajian dengan
                 mengenalpasti  isi penting perkataan sendiri dan mengumpul serta menyusun
                maklumat untuk persembahan. Kita juga boleh menggunakan kemahiran
                menulis, melukis dan menghasilkan nota yang sistematik dan berkesan.
              
            5. Melapor (synthesis):
               Kita perlu berkomunikasi dengan tepat dengan mengambil kira media, mesej
               dan penonton. Selain itu, kita dapat menyedari diri sebagai pengkaji yang boleh
               menilai strategi dan kemahiran di setiap dan peringkat kajian dengan kebolehan
              dan keyakinan yang tinggi.

         6. Menilai (evalaution):
             Akhir sekali, kita dapat mengenalpasti kemahiran yang diperlukan serta
             membincangkan dengan fasilitator dan kita dapat mengimbas kembali proses
             kajian serta menyatakan pengalaman menjalankan kajian.






     

No comments:

Post a Comment