Monday, 23 September 2019

Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SMK Seri Hartamas

       Pada 7 September 2019 pihak lembaga pengawas pusat sumber telah mengadakan Kursus Kepimpinan bagi pengawas pusat sumber . Kursus ini dijalankan di Pusat Sumber sekolah . Inisiatif kursus ini dijalankan adalah untuk meningkatkan dan juga mengasahkan ilmu pengetahuan pengawas pusat sumber . Selain itu, matlamat kursus ini juga ialah untuk mengenalkan kepada ahli pengawas pusat sumber percubaan tentang peraturan - peraturan dan tugasan yang perlu dilakukan.

     Kursus ini bermula pada jam 8 pagi iaitu sesi pendaftaran dan sarapan pagi . Selepas itu, ucapan perasmian akan berlangsung dan diucap oleh Puan Salmi.  Seterusnya , Anis Sofia memberi latar belakang tentang ceramah yang akan dibentang oleh Encik Lim Keong .Ceramah tersebut tentang 2SKaidzen.



SESI PENDAFTARAN 

 



UCAPAN TENTANG LATAR BELAKANG PENCERAMAH





UCAPAN PERASMIAN KURSUS KEPIMPINAN PSS OLEH PUAN NOR SALMI
























         




    Setelah 1 jam setengah kami berehat dan kami diberi masa selama 30 minit. Sewaktu rehat tersebut kami membincangkan tentang aktiviti yang boleh diadakan sewaktu minggu PSS yang akan berlangsung pada 12 September  hingga 20 September .





     Setelah rehat kami memulakan sesi 2. Pada sesi 2 ini Putra, melaksanakan majlis ini dengan menjemput Puan Arinawati Mohd Yassin untuk memberi ceramah tentang Pengawas Pusat Sumber yang cemerlang.



         Beliau memberitahu peraturan pengawas pusat sumber dan kepentingan pusat sumber. Di sini saya mahu berkongsi maklumat jika anda fikirkan di mana pusat sumber ? . Ramai yang mengatakan bahawa pusat sumber adalah di sebuah bilik yang besar dengan buku - buku , tetapi pusat sumber sekolah adalah di seluruh sekolah . Semasa anda memasuki gate sekolah , anda telah memasuki pusat sumber sekolah.

 

          Selepas perkongsian ilmu itu , maka berakhirlah kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber SMK Seri Hartamas bagi 2019 . Sebelum pulang kami mengambil gambar dan mengambil nasi ayam sebagai makanan tengah hari sebelum pulang.